CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, December 18, 2010

seorang wanita yang hebat

alarm jam 4.30 pagi kedengaran pagi tadi.aarrghh liat nak bangun.tapi mengimbas memori di rumah ku gagahkan juga kaki menuju tandas.air sejuk nil menyapa kulit.satu cara mengucap selamat pagi yang zalim ku kira di musim sejuk ini.mana mungkin tubuh muda ini kalah dengan wanita yang sudah separuh abad.tak masuk akal.malunya bertimpa.tubuh kerdil di rumah itu umpama lipas kudung daripada awal pagi.barangkali meter tenaganya full untuk sepanjang hari.sambil duduk menanti air di cerek penuh untuk dijerang,wanita itu cuba membuka mata.usia separuh abad membuatkan badannya sering sakit2,selalu minta diurut.


sementara menanti azan subuh,masa terluang diisi.kalau usia sudah tua,teman baeknya ku kira sejadah.tapi dia belom tua.belom layak dipanggil tua.di situ wanita itu menangis.meminta pinjam sedikit kekuatan daripada Ilahi.untuk terus gagah menempuh hari.usai solat subuh ligat kakinya melangkah ke dapur.buat wanita yang berkerjaya tiada alasan untuk tidak menyediakan santapan untuk anak2 yang pergi menuntut ilmu.jari jemari kasarnya perlahan mengupas bawang.kalau diharap anak lelakinya.hanya keluar air mata akibat tidak tahan pedih walhal tiada satu pon bawang yang terkupas.

"assalamualaikum,anak mama dah bangun".barangkali kalau ada kesempatan lagi,ingin aku rekod ucapan itu.anak2nya liat nak bangun,kalau digugah dibalas bebelan tak henti2.namun wanita itu terus menghadiahkan senyuman.seronok melihat anaknya bernafas untuk sehari lagi."jangan tido sebelom mama pergi kerja".itu amarannya.jelas tidak mahu tidor lepas subuh itu menjadi sahabat karib anak2nya.sebelom pergi ke pejabat,pasti ada senarai yang perlu dibuat.daripada mengambil serai di kebun sampai meletak garam ikan.lengkap.sukar mencari cela dalam senarai itu,

saat adik belom pulang dari sekolah,pasti telefon rumahku berbunyi."Nasi dah masak untuk adik?"tanyanya.ish tanye adik aje,aku tak nak tanye.getus hatiku.risau adik kelaparan.kadang2 kalau leka menonton astro,ditegurnya untuk tidak leka di depan tv.lebih baek menghabiskan masa dhuha mengaji,ceramahnya dalam gagang telefon.

kalau saat dia pulang kerja,dia tak suka tiada orang menyambutnya.dia mahu anaknya bawakan beg tangannya.dia kepenatan seharian mencari rezeki.pulang daripada kerja mahu lihat senyuman anaknya pula.mungkin itulah pengubat hati.tonik buat kepenatan."baba nak makan apa hari ini?".masih ingin masak?monologku sendirian.bukankah boleh beli sahaja di luar.kesian wanita itu penat seharian bekerja.belom sempat pon dia menukar pakaian kerja sudah berperang di dapur.sebelum magrib pasti perut sekeluarga sudah kenyang.

"jangan duduk dalam tandas lama2 maghrib,banyak setan".justeru mandi malamnya sebelom maghrib.azan maghrib sahaja sudah ada di atas sejadah.dia wanita juara dalam ibadahnya.juara dalam kerjaya.juara dalam tanggungjawabnya.bukankah dia seorang wanita yang hebat?barangkali tidak sehebat Aisyah R.A. dengan ilmunya.tapi cukup hebat untuk membuatkan anak muda ini terasa sebagai LOSER selama2nya.