CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, October 21, 2009

biarkan cerita ini berlalu


sudah menjadi kebiasaan angin malam bumi berpasir ini angin nya bertiup kencang.hingga kadang kala tertusuk mata termakan angin pasir.dan dikala ini jugaklah banyak khabar angin juga bertiup dari satu rumah ke satu rumah pelajar malaysia di bumi syarqiah ini.bukan satu isu yang sensitif yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak,hanya isu kebahagiaan orang laen yang sibuk kita bualkan.cukuplah dengan khabar yang sahih yang kita perlu dengar daripada mulut tuan empunya badan.tidak perlu berbicara mengenai keluarbiasaan satu ibadah.janganlah memandang agama sesuatu yang jengkel,kerna pernah terbaca menjelang yaummul waqiah ini akan berbahgialah orang yang terasa dirinya terasing.


kepada yang suka membawa cerita,biarkan cerita ini berlalu.doakan yang terbaek kepada orang yang anda cerita.lebih manis jikalau ringan mulut bertanya.janganlah suka menjaja cerita.tidak manis jika tidak benar,walau beribu kilo gula al-osra.tumpukan kepada apa yang perlu.belajarlah menuntut ilmu dan belajarlah berkata tidak tahu dan jauhilah kata."saya dengar,saya tengok".pandangan hanya subjektif.lebih baek berbaik sangka daripada suka membawa cerita.kepada si tukang karut,kami juga menunggu khabar gembira daripada indah gambaran sahaja.

Tuesday, October 20, 2009

ini jalan yang terbaek

semalam marah tibe2 memuncak.tidak pernah terasa marah yang amat sangat kerna benda yang sepatutnya boleh membawa kepada kebaikkan.mungkin sebab emosi terlalu dibelenggu rase lelah dan risau memikirkan pengajian.mana tidaknya sudah 2 kelas lecture sudah terlepas.namun urusan visa masih penting untuk diselesaikan.tidak mahu berjalan di atas bumi orang tanpa kebenaran yang sah.malah mungkin boleh membawa mudarat kelak.


bukan niat untuk marah tibe semalam dekat seorang teman yang cube menghulurkan nota pengajian cuma cara pertanyaan dan ketika memulakan perbualan itu yang agak menjengkelkan.niatnya begitu murni namun memang terpaksa disalah erti kerna penyataan nya sebelum itu menyakitkan hati.tapi bagi diri ini saja yang terlebih menyalahkan erti niat murni itu.maaf sekali lagi kerna masih tidak mampu menerima kekurangan diri.

tapi semalam juga.dalam hati terdetik inilah jalan terbaek.berdiam diri.jangan digagahi bicara walau sepatah kata kerna setajam kata luka hati selamanya.wasalam

Friday, October 9, 2009

bumi ini menggamit jiwa

sedar pagi tadi kerna alarm clock yang berbunyi jam 530 pagi.bilik masih gelap lagi.hanya background fon pemberian adikku penyuluh mencari waktu.tenang terase.angin pagi memeluk erat tubuh ini.sejuk nyer walau musim sejuk masih belum berkunjung.usai mencelikkan mate aku membaca mesej.khabar dari malaysia.mama bertanya tentang serai yang kubawa.sudah direndam dlm air ke belom.sudah jawab hati kecilku.sambil mesej itu berbaki dengan pertanyaan sudah bermulakah kelas pengajianku pada tahun dua ini.


tenang.itulah rasanya di pagi hari.berjalan di luar kawasan rumah menggamit memori lame saat ku menjejakkan kaki di sini.saat itu hanya tubuh yang berada di sini.namun hati jauh di malaysia.masih teringatkan siaran astro yang remote nya akulah raja.teringatkan nasik yang akulah pelahapnya.segalanya duniawi.di sini pijat menggigit hati.walaupon kecil bisa digugah tubuh gergasi ini.baru aku mengerti manusia tidak segagah ilahi.

berada di tahun kedua pengajian.mungkin akan lebih mengajar ku tentang erti bumi ini.bukan sekadar pasir dan debu yang selalu dirunguti tetapi sesuatu yang lebih bermakna.sesuatu yang bakal menjadi bekalan diri.yang berada di sebalik ribut pasir ini.gembira rasanya dapat pulang.bersama teman meneruskan perjuangan.tiada lagi suara sebak kedengaran di klia lagi,hanya hilai tawa yang menemani.berbekalkan doa ayah dan ibu agar pengajian ini terus mudah disusuri.

sememangnya bumi ini menggamit jiwa~