CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, October 21, 2009

biarkan cerita ini berlalu


sudah menjadi kebiasaan angin malam bumi berpasir ini angin nya bertiup kencang.hingga kadang kala tertusuk mata termakan angin pasir.dan dikala ini jugaklah banyak khabar angin juga bertiup dari satu rumah ke satu rumah pelajar malaysia di bumi syarqiah ini.bukan satu isu yang sensitif yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak,hanya isu kebahagiaan orang laen yang sibuk kita bualkan.cukuplah dengan khabar yang sahih yang kita perlu dengar daripada mulut tuan empunya badan.tidak perlu berbicara mengenai keluarbiasaan satu ibadah.janganlah memandang agama sesuatu yang jengkel,kerna pernah terbaca menjelang yaummul waqiah ini akan berbahgialah orang yang terasa dirinya terasing.


kepada yang suka membawa cerita,biarkan cerita ini berlalu.doakan yang terbaek kepada orang yang anda cerita.lebih manis jikalau ringan mulut bertanya.janganlah suka menjaja cerita.tidak manis jika tidak benar,walau beribu kilo gula al-osra.tumpukan kepada apa yang perlu.belajarlah menuntut ilmu dan belajarlah berkata tidak tahu dan jauhilah kata."saya dengar,saya tengok".pandangan hanya subjektif.lebih baek berbaik sangka daripada suka membawa cerita.kepada si tukang karut,kami juga menunggu khabar gembira daripada indah gambaran sahaja.

0 comments: