CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, June 11, 2010

semalam

semalam kami bercinta
merancang hidup
penuh bahagia
bertanya jalan mana
yang menuju ke syurga
sedang duduk di titi neraka
semalam kami berjanji setia
tentang esok yang tiada
mengharap pelangi indah
turun selepas hujan senja
tapi hari ini
kita tahu
jalan yang mana
hendak diteroka
tanpa perlu papan tanda
biar simpan rasa sayang itu
jadikan yang paling bermakna
cinta tak datang dengan kata
cinta tak datang dengan mata
cinta datang saat kita tak sedia
tinggalkan kita gundah gulana
bukan janji semalam
yang menunggu untuk dikotai
tapi mahukan janji syurga yang pasti