CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, June 11, 2010

semalam

semalam kami bercinta
merancang hidup
penuh bahagia
bertanya jalan mana
yang menuju ke syurga
sedang duduk di titi neraka
semalam kami berjanji setia
tentang esok yang tiada
mengharap pelangi indah
turun selepas hujan senja
tapi hari ini
kita tahu
jalan yang mana
hendak diteroka
tanpa perlu papan tanda
biar simpan rasa sayang itu
jadikan yang paling bermakna
cinta tak datang dengan kata
cinta tak datang dengan mata
cinta datang saat kita tak sedia
tinggalkan kita gundah gulana
bukan janji semalam
yang menunggu untuk dikotai
tapi mahukan janji syurga yang pasti

Thursday, June 10, 2010

dua minggu pon jadilah

"belajar susah la atok,nak ingat banyak benda,atok doakan jela ye".pintaku ketika menelefonnya petang tadi.baru 2 minggu tak call rumah rindu pulak rasenye.musim peperiksaan memang kerap rindu ke rumah itu datang.yang sebelum ini tak dapat berbual dengan atok,jadi telefon lah nak hilangkan rindu.."jangan risau atok bangon malam doakan belajarnye senang"..kedengaran loghat jawa atok aku.suaranya sedikit keletihan.dimamah usia tua menelan zaman.aku bangun malam pon payah.sindir aku pada diri sendiri.


"atok sihat ke?".."sakit perut lagi?"aku bertanya.."lututnye sakit,nak gerak pergi mane2 pon payah"..memang dah lame lutut atok sakit.semenjak kemalangan beberapa tahun lepas.nak gerak pergi mane2 pon bertongkat.tapi masih gagah bangun malam mendoakan cucu degilnya ini.solat pon sudah melunjur kaki.keterbatasan sakit tak pernah jadi alasan baginya untuk tidak solat di awal waktu.sedang aku yang sihat pon,nak mengusung kaki pon seperti tandas jauh beribu batu.segan,tidak tahu di mana harus disorok rasa malu.

"seluar pon dah kecik sekarang,dulu saiz 48 sekarang dah 42".."tadi keluar rumah pon pakai yang size 42"..atok menggambarkan keadaan fizikalnya.beratnya turun mendadak aku bersangka."maksu tak masak ke?"..soalku dalam nada bergurau.tahu bagaimana selera atok.kalau maksu tak masak mesti beli di luar.kedai kegemaran seri kelantan.itu pon barangkali sejak dapat menantu kelantan.masak ape sahaja untuk atok.lebih2 lagi kalau dapat nasi kerabu yang mama buat.bertambah2 seleranya.

teringat perbualan aku dengan mama sebelom itu."tadi atok call rumah masuk fon mama.tanya pasal adik,kenape tak datang rumah atok"..mama memaklumkan.."rindu dah tu dengan adik"..tambah mama lagi.musim cuti sekolah,memang adik nidal yang salu teman atok.kawan buat cerita.kawan buat tengok kartun bersama.kalau murah rezeki,atok bawa berjalan dan dapat makan percuma.atok yang belanja.tiada ruginya meluangkan sedikit masa dengan atok.untungnya berganda2.

sedang rancak berbual,tiba2 atok bertanya.."balik ke tahun ni?"..soalan yang berat untuk dijawab.sebab merancang untuk tidak pulang.aku mencorak jawapan sedikit demi sedikit.."balik kot,dekat2 dengan raya,dapat seminggu puasa,seminggu raya dua minggu je"..mungkin itu jawapan yang terbaek boleh aku bagi pada saat itu.."dua minggu pon cukup"..atok bersuara.jawapan itu pendek tapi penuh dengan harapan barangkali untuk mengubat rindu yang dirasakan.