CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, April 25, 2011

harga sebuah basikal hijau

saat kelam kabut mengejar isyak tadi.tiba-tiba memori silam datang menyapa.sedar tidak sedar perlahan air mata mengalir lesu.teringat hadiah pemberian baba sewaktu darjah tiga.sebuah basikal hijau raleigh.basikal itu memorinya terlampau panjang.terlampau indah untuk diungkapkan.hadiah hasil air mata seorang bapa,yang mahu lihat anaknya berjaya.


waktu itu,baba berjanji andai aku mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir tahun darjah dua,baba akan belikan sebuah basikal baru untukku.aku cemburu.lihat kawan ada basikal baru.orang lain tak perlu tunggu periksa dapat nombor satu sudah dapat basikal baru.aku cemburu.alang lalu di tepi kedai menjual basikal berdekatan high school klang.ku renung satu persatu.ku tilik penuh teliti.mana satu basikal idaman hati.

lalu bermotivasikan ganjaran yang akan diberi,aku belajar bersungguh-sungguh.demi sebuah basikal.asal kami sekeluarga ke klang melalui kedai menjual basikal pasti aku monyok kalau baba tidak memperlahankan kenderaan.semata-mata mahu menjengah basikal yang belom tentu mampu dimiliki.monyok dibawa kepada rajuk.sampai di rumah,aku menghentak kaki.tanda protes diri.

saat keputusan peperiksaan diumumkan,hati amat berdebar-debar.takut tidak dapat tempat pertama dalam kelas.berada di dalam kelas pertama untuk mencapai tempat pertama,ku kira pada waktu itu sangat payah.saingannya begitu sihat.begitu sengit.sudah ku jangka.aku hanya mampu beroleh tangga kedua.hampa.sugul sahaja sepanjang membawa pulang kad prestasi pelajar untuk ditandatangani.

aku tidak berani lagi meminta.meminta sebuah basikal baru yang tak sepatutnya jadi milikku.tetapi,naluri seorang bapa.mahu melihat anaknya terus berjaya.suatu petang.sedang aku bermain di halaman rumah nenek.baba pulang daripada kerja dengan kereta iswaranya.aku masih ingat.kereta iswara itu berwarna kelabu.kereta kedua milik keluarga kami.keluar baba dari tempat duduk pemandu,dia meminta ku membuka bonet kereta.aku gembira sangat gembira melihat basikal baru milikku.dan gembira itu baru aku rasa hari ini.gembira seorang bapa mahu lihat anaknya terus berjaya.terus mahu memotivasi anaknya menuntut ilmu.agar senang di hari muka.

buat sahabat eimaduddin,berikan hadiah yang terbaik untuk arwah ayahmu.
-al Fatihah-

0 comments: