CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, March 21, 2010

jangan gaduh lagi yer nak..

pagi tadi berjalan ke kelas lihat kanak2 arab bertumbuk.satu fenomena biasa ku kira di sini.kelakar rasa hati melihat gelagat kerna sudah lali dengan perangai sebegitu.teringat zaman sekolah dulu,zaman panas baran masih lagi di tahap mecahkan merkuri dalam thermometer.mama sendiri pon mengakui keberangan saya.takut di bawa hingga meningkat dewasa.kerna bagi ku payah untuk menerima ketidak sempurnaan.lupa bahawa manusia itu lemah,hanya Allah yang sempurna.mama berpesan kalau perangai baran sebegini sampai ke tua pon tidak berpunya.


lebih membimbangkan,kadang kala perangai buruk itu aku bawa hingga ke rumah.inilah akibat membiasakan perangai yang buruk.marah itu syaitan.tapi aku memang suke marah2.bila lah mahu berubah.sedih juga mengenang lemahnya diri.hitamnya hati.

pernah ada satu ketika,seingat aku ketika pulang baru2 ini.aku bertekak di meja makan dengan kakak.selalu kami bertengkar.setakat berkejar menggunakan batang vacuum.sampai keluar rumah.tanyalah jiran kami,geli hati juga mendengar.sebab bergaduh.giliran membasuh pinggan.dan seperti biasa aku yang jarang mengalah.mahu menang sepanjang masa.

berbalik cerita di meja makan.mama baru pulang dari kerja.penat di pejabat belom hilang lagi.baba sedang menonton tv.hanya kami bertiga di atas meja makan.sedang berbicara panjang tiba2 adik perempuan ku ingin mencari maksud perkataan dalam bahasa melayu.tapi tiada kamus dewan.sebab aku yang hilangkan.di'pinjam' rakan2 di sekolah dulu.

along lantas menuding jari atas silap ku tidak menjaga harta itu dengan baik.lebih menyakitkan hati.dia mengungkit itu pemberian kawan mama kepadanya sempena kejayaannya dalam upsr.aku masih ingat lagi yang tertulis di helaian pertama buku berkulit hijau itu.."untuk nabila dan adik-adik"..ditulis dengan pena biru.aku akui memang salahku.tapi aku sudah janji untuk menggantinya..sehingga aku berkata ambiklah duit dalam bank aku,nak beli sepuluh pon boleh..

aku jadi sakit hati dengan pertanyaan along yang bertubi2.diasak2 lagi dengan soalan bila mahu membeli yang baru.keadaan jadi tegang.aku meninggikan suara.kami bergaduh di hadapan rezeki.lalu mama meninggi suara,benci dengan gelagat anak2 yang tidak memahami diri masih penat mencari rezeki.gugur air matanya di situ.aku pantas beredar.membawa diri terus ke bilik.geram dengan along.

usai maghrib,selesai berjemaah,aku membawa hati ke quran.itulah teman baek dikala marah.tiba2 teringat belom lagi meminta maaf pada mama.aku pantas bangkit dari katil.mama masih lagi di sejadah dengan telekung nya.merah hidungnya.basah pipinya.aku peluk mama."mama,,minta maaf,pasal petang tadi"..pendek aku ucap dalam nada teresak2.."mama maafkan,jangan gaduh lagi yer nak".."kalau nak gaduh juga,jangan depan mama yang balik kerja,dan jangan depan rezeki"..aku mengangguk faham sambil menyeka air mata.."mama tak didik anak2 untuk gaduh"..pesannya lagi..

aku faham.jelas.amarah ku perlu dikawal.supaya tak menyakitkan orang di sekeliling.


4 comments:

Aisyah Khadijah said...

salam..

nad, bagus tol mak ko..

mak ak x larat nak dgr km bgaduh.. main 10 mnt, gaduh 1/2 jam.

eh, umo ko bpe waktu nie?

ak penah gaduh lg dahsyat ngan adik ppuan ak, tp ktorg ja la yg kuar airmata

hahaha.

mak akan kuar air mata [tp x nangis] time ak yg sakitkan hati mak. ak je. adik2 ak x kena pon?
maybe dia syg ak lbh kot, sbb tu skali ak wat trus dtegur, x spt adik2ku.

ak agak je, sbb ak blh kira brapa kali ak derhaka..
astaghfirullahal 'azeem

nadhar said...

ni waktu baru ni lagi syifak..ketika umurku masih 19.

same la dengan aku ni syifak.lagi banyak dosa weyh

Khairunnisa Ithnain said...

uit3...
wah.. kaki gaduh gak ko ek...hehe~
same la ngn aku...
tp tu la kan...
biasanya anak sulung ni mmg suke start cari gaduh dlu..xfhm3..
tp gaduh tu la makin mengeratkan ukhuwah adik beradik sbnrnyer...:)
ala kulli hal, moga ALLAH berikan kite ketenangan dan kesabaran.. aminnn~

Arrazzi Alhafiz Alattas said...

what the story! menyentuh jiwa dan rasa. penuh dgn pengajaran dan muhasabah untuk kita semua.

Thanks 4 d story (^^,)