CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, December 18, 2010

seorang wanita yang hebat

alarm jam 4.30 pagi kedengaran pagi tadi.aarrghh liat nak bangun.tapi mengimbas memori di rumah ku gagahkan juga kaki menuju tandas.air sejuk nil menyapa kulit.satu cara mengucap selamat pagi yang zalim ku kira di musim sejuk ini.mana mungkin tubuh muda ini kalah dengan wanita yang sudah separuh abad.tak masuk akal.malunya bertimpa.tubuh kerdil di rumah itu umpama lipas kudung daripada awal pagi.barangkali meter tenaganya full untuk sepanjang hari.sambil duduk menanti air di cerek penuh untuk dijerang,wanita itu cuba membuka mata.usia separuh abad membuatkan badannya sering sakit2,selalu minta diurut.


sementara menanti azan subuh,masa terluang diisi.kalau usia sudah tua,teman baeknya ku kira sejadah.tapi dia belom tua.belom layak dipanggil tua.di situ wanita itu menangis.meminta pinjam sedikit kekuatan daripada Ilahi.untuk terus gagah menempuh hari.usai solat subuh ligat kakinya melangkah ke dapur.buat wanita yang berkerjaya tiada alasan untuk tidak menyediakan santapan untuk anak2 yang pergi menuntut ilmu.jari jemari kasarnya perlahan mengupas bawang.kalau diharap anak lelakinya.hanya keluar air mata akibat tidak tahan pedih walhal tiada satu pon bawang yang terkupas.

"assalamualaikum,anak mama dah bangun".barangkali kalau ada kesempatan lagi,ingin aku rekod ucapan itu.anak2nya liat nak bangun,kalau digugah dibalas bebelan tak henti2.namun wanita itu terus menghadiahkan senyuman.seronok melihat anaknya bernafas untuk sehari lagi."jangan tido sebelom mama pergi kerja".itu amarannya.jelas tidak mahu tidor lepas subuh itu menjadi sahabat karib anak2nya.sebelom pergi ke pejabat,pasti ada senarai yang perlu dibuat.daripada mengambil serai di kebun sampai meletak garam ikan.lengkap.sukar mencari cela dalam senarai itu,

saat adik belom pulang dari sekolah,pasti telefon rumahku berbunyi."Nasi dah masak untuk adik?"tanyanya.ish tanye adik aje,aku tak nak tanye.getus hatiku.risau adik kelaparan.kadang2 kalau leka menonton astro,ditegurnya untuk tidak leka di depan tv.lebih baek menghabiskan masa dhuha mengaji,ceramahnya dalam gagang telefon.

kalau saat dia pulang kerja,dia tak suka tiada orang menyambutnya.dia mahu anaknya bawakan beg tangannya.dia kepenatan seharian mencari rezeki.pulang daripada kerja mahu lihat senyuman anaknya pula.mungkin itulah pengubat hati.tonik buat kepenatan."baba nak makan apa hari ini?".masih ingin masak?monologku sendirian.bukankah boleh beli sahaja di luar.kesian wanita itu penat seharian bekerja.belom sempat pon dia menukar pakaian kerja sudah berperang di dapur.sebelum magrib pasti perut sekeluarga sudah kenyang.

"jangan duduk dalam tandas lama2 maghrib,banyak setan".justeru mandi malamnya sebelom maghrib.azan maghrib sahaja sudah ada di atas sejadah.dia wanita juara dalam ibadahnya.juara dalam kerjaya.juara dalam tanggungjawabnya.bukankah dia seorang wanita yang hebat?barangkali tidak sehebat Aisyah R.A. dengan ilmunya.tapi cukup hebat untuk membuatkan anak muda ini terasa sebagai LOSER selama2nya.

Friday, November 19, 2010

umat ini..

menyelak sejarah semalam
di kala hari ini tampak kelam
di saat bumi bangun suram
peradaban ditelan pemodenan terus dihadam

umat ini
pernah gagah
pernah patah
namun bangun terus gah
namun perlahan-lahan dilanda musibah

umat ini
perlukan pemimpin yang sejati
berani bersuara kerna Ilahi,bukan untuk diri
bukan pemimpin yang mendabik dada untuk dihormati

umat ini
tidak mahu terus lena dalam mimpi
kerna kelak tidak datang lagi
masa yang berlalu pergi
sudah terlewat unutk dikesali
kerna terbuang tidak terisi

umat ini
pati kembali
menuntut janji Ilahi
bahwa Islam tidak hina ditepi
tapi Islam menjadi pegangan abadi :)




Friday, June 11, 2010

semalam

semalam kami bercinta
merancang hidup
penuh bahagia
bertanya jalan mana
yang menuju ke syurga
sedang duduk di titi neraka
semalam kami berjanji setia
tentang esok yang tiada
mengharap pelangi indah
turun selepas hujan senja
tapi hari ini
kita tahu
jalan yang mana
hendak diteroka
tanpa perlu papan tanda
biar simpan rasa sayang itu
jadikan yang paling bermakna
cinta tak datang dengan kata
cinta tak datang dengan mata
cinta datang saat kita tak sedia
tinggalkan kita gundah gulana
bukan janji semalam
yang menunggu untuk dikotai
tapi mahukan janji syurga yang pasti

Thursday, June 10, 2010

dua minggu pon jadilah

"belajar susah la atok,nak ingat banyak benda,atok doakan jela ye".pintaku ketika menelefonnya petang tadi.baru 2 minggu tak call rumah rindu pulak rasenye.musim peperiksaan memang kerap rindu ke rumah itu datang.yang sebelum ini tak dapat berbual dengan atok,jadi telefon lah nak hilangkan rindu.."jangan risau atok bangon malam doakan belajarnye senang"..kedengaran loghat jawa atok aku.suaranya sedikit keletihan.dimamah usia tua menelan zaman.aku bangun malam pon payah.sindir aku pada diri sendiri.


"atok sihat ke?".."sakit perut lagi?"aku bertanya.."lututnye sakit,nak gerak pergi mane2 pon payah"..memang dah lame lutut atok sakit.semenjak kemalangan beberapa tahun lepas.nak gerak pergi mane2 pon bertongkat.tapi masih gagah bangun malam mendoakan cucu degilnya ini.solat pon sudah melunjur kaki.keterbatasan sakit tak pernah jadi alasan baginya untuk tidak solat di awal waktu.sedang aku yang sihat pon,nak mengusung kaki pon seperti tandas jauh beribu batu.segan,tidak tahu di mana harus disorok rasa malu.

"seluar pon dah kecik sekarang,dulu saiz 48 sekarang dah 42".."tadi keluar rumah pon pakai yang size 42"..atok menggambarkan keadaan fizikalnya.beratnya turun mendadak aku bersangka."maksu tak masak ke?"..soalku dalam nada bergurau.tahu bagaimana selera atok.kalau maksu tak masak mesti beli di luar.kedai kegemaran seri kelantan.itu pon barangkali sejak dapat menantu kelantan.masak ape sahaja untuk atok.lebih2 lagi kalau dapat nasi kerabu yang mama buat.bertambah2 seleranya.

teringat perbualan aku dengan mama sebelom itu."tadi atok call rumah masuk fon mama.tanya pasal adik,kenape tak datang rumah atok"..mama memaklumkan.."rindu dah tu dengan adik"..tambah mama lagi.musim cuti sekolah,memang adik nidal yang salu teman atok.kawan buat cerita.kawan buat tengok kartun bersama.kalau murah rezeki,atok bawa berjalan dan dapat makan percuma.atok yang belanja.tiada ruginya meluangkan sedikit masa dengan atok.untungnya berganda2.

sedang rancak berbual,tiba2 atok bertanya.."balik ke tahun ni?"..soalan yang berat untuk dijawab.sebab merancang untuk tidak pulang.aku mencorak jawapan sedikit demi sedikit.."balik kot,dekat2 dengan raya,dapat seminggu puasa,seminggu raya dua minggu je"..mungkin itu jawapan yang terbaek boleh aku bagi pada saat itu.."dua minggu pon cukup"..atok bersuara.jawapan itu pendek tapi penuh dengan harapan barangkali untuk mengubat rindu yang dirasakan.

Saturday, May 29, 2010

mari picit kepala mama.

heh,aku rindu frasa itu.bukan frasa tapi ayat perintah yang sangat sopan yang salu mama pinta di saat selepas maghrib menunggu isyak tiba.jawapan aku pendek.malas.bukan ape.memang selalu begitu.kalau tengok bola,bersoraknya sampai tak ingat dunia.baru mama minta picit kepala,susahnya macam suruh kerja satu dunia.kali terakhir memicit kepala mama sebelum ke sini tahun lepas,banyak perubahan di raut wajahnya.sudah berkerut sedikit.mungkin akibat terlalu kuat bekerja.


"dahi mama minyak,licin nak urut"..aku memberi alasan.."belom sampai 10 minit pon"..heh.mama faham aku nak lari cepat2.."kalau nak urut tukar chnnel sports"..aku meletak syarat.."mama nak tengok berita"..aku selalu buat2 tak faham,tak dengar.asal iklan aku klik butang controller.hihi.padahal itu jelah tyme mama nak duduk depan televisyen.itulah saje masenye berehat.mencari sedikit hiburan dunia.kebanyakkan masanya hanya untuk kerja.kalau larat malam hari ke surau mengaji agama.baginya "ini semua dunia"..sudah tidak peduli apa yang transit dunia ini tawarkan.bukan harta,bukan emas yang baek buat mama.hanya sihat untuk ibadah doanya.

"mama dah tua lah"..selamba aku memerli kerut di dahinya."yer dah tua nak,baba kamu je muda"..masih sempat baba mama ku perli.keduanya nampak muda.senyum itu sudah 20 tahun lebih mengikat perkahwinan.perkahwinan yang membuatkan baba demam esoknya.kulit mama masih putih,belom hitam dibaham terik matahari.walau kuat berkebun di hujung minggu.lama kelamaan mama terlelap sendiri.tapi alang aku berhenti memicit mama terjaga.alamak tak boleh lari aku bermonolog.hihi,"isyak nanti baru berhenti"..mama memberi arahan.aduh.seksanya nak tunggu isyak.

"ni picit kat sini,ni sakit sangat"..tunjuk mama dekat supraorbital ridgenya.dah memang jadi kelaziman mama minta urut di situ.adik nidal lagi hebat.kalau mama nak adik picit bagi upah.lagi advance.inilah kerenah seorang anak,hanya mahu ganjaran dan rungutan sahaja yang didengar bila disuruh.walhal bagi seorang ibu,tiada pon perkataan tidak untuk setiap keinginan anaknya.

Wednesday, May 26, 2010

subuh itu

lama dah bersawang blog ni.terasa ingin menulis.tapi belom ada suatu yang bermakna untuk dikongsi bersama.tapi,subuh tadi,benar2 menyentuh hati.rentetan peristiwa yang berlaku hanya dapat digambarkan dengan senyum seribu makna.bermula daripada panggilan ke malaysia yang makin kerap dibuat sejak akhir2 ini.jam di mesir sudah satu pagi,di malaysia sudah jam enam.


baba ingin pesan sesuatu,"subuh pukul berape di sana?"g masjid tak?pantas 2 soalan diajukan.belom sempat jawab satu.terkial2 memikir jawapan yang pertama.sudah ada yg kedua.jawapan yang pasti sudah ramai dapat meneka."subuh itu jarang2 di masjid,malam pendek sgt"..pendek aku mengatur jawapan."kan da pesan subuh mesti d masjid" sedikit baba meninggi suara..baba sedikit kecewa..sebak dada,jarang bercakap dengan baba..serta merta nadanya berubah.kesal mungkin sikap anaknya."adik rajin ke masjid subuh hari" akak ku menyatakan di awal perbualan.malu dengan adikku yang kecil fizikalnya sering aku kotak-katikkan barangkali besar semangatnya meneman baba ke masjid.aku cemburu bercampur bangga.dulu aku yang teman baba.kalau sejuk naek motor di pagi hari ku peluk erat.kini peluang adikku.sekurangnya baba masih berteman pergi ke masjid.

imam subuh itu laen hari ini.bukan yang biasa didengar alunannya.bacaannya mengusik hati.menikam2 kalbu seorang anak muda yang lupa nasehat ayahnya.anak muda yang sibuk memikir bahgia dirinya.sakit rasenya.terasa ingkar akan janji.baru pada seorang manusia yang diberi nama baba.belom lagi dihitung ingkarnya pada PENCIPTA.hiba terasa.air mataku murah hari ini.satu demi satu cabaran datang berganti.satu demi satu ujian datang hanya senyuman mampu diukirkan.pesan kawan ku "sabar ye kawan".masih ada yang menghulur nasihat.yang sudi berkongsi sedikit hiba.

pintaku hanya satu,jangan jadikan subuh itu yang terakhir.jadikan ia yang pertama yang selamanya.

Tuesday, March 23, 2010

benarkah jalan ini?

berjalan pulang dari malam penamaan calon berseorangan membuatkan minda melayang sejenak.sambil mendengar lagu heartless nyanyian the fray teringat kembali saat pertama mama meminta aku mengambil medic.baba yang bertegas.mesti pergi.amik medic.kat mesir.begitu bersungguh baba dengan niatnya.aku masih terus dibelenggu salah.ketika itu masih indah bercinta di matrik melaka,menghitung dosa meninggal pahala menghabiskan usia remaja.


minggu depan balik rumah,tak payah abiskan satu sem dekat sana.ujar baba.aku diam.hati meraung geram.aku mahu enjoy.sebelom kepala dibebani ilmu2 perubatan.jaga nenek,tengok2kan adik ke sekolah.jarang sekali baba ingin menjemputku,tidak kira waktu di asrama dulu mahupun ketika ku berjauhan.baba lebih senang menyuruhku pulang sendiri.tapi tidak di saat aku melangkah keluar dari kolej itu.baba sendiri yang menjemputku.terasa aura semangatnya mahu ku ke dunia yang lebih baek.

mama,abang ngah ade muke doktor ke?soal ku pada mama.ada2.jawab mama ku pendek tanpa sedikit pon menoleh.mungkin sibuk menyediakan juadah untuk petang itu aku cube bersangka baek.aku masih keliru dengan pilihan ini dulu.aku memberi alasan.semua ini melibatkan wang.mahal harganya.jangan fikir soal wang,itu mama carik.pantas dan tepat jawapan mama.benar.kewajipan ku,BELAJAR.indahnya ya Allah kasih sayang tanpa syarat.tidak minta dibalas.hanya aku yang mengemis tidak bersyukur.

abang ngah,mari sini along nak bagitau.pinta along ku.sebenarnya baba nak sangat,teringin sangat seorang anak dia jadi doktor.dulu along yang jadi harapan.sekarang tinggal kamu sahaja.buat masa sekarang.moga2 ada yang akan menyusul.pergilah solat apa yang patot.nasihat along ku.mungkin ini benar jalannya.mintalah pada Allah permudahkan.syukur ku padaMU,mempunyai seorang kakak,teman sepermainan,teman buat berlawanan,teman buat tangisan.

mama,betul ke abangah nak pergi mesir amik medic?aku masih ragu.masih tak percaya.walau persiapan sudah dibuat belaka.mama menggeleng kepala.melihat kerenah anaknya yang manja.pesannya kalau menangis.jangan masuk toilet.itulah aku.ketika sekolah menengah.asal balik hujung minggu.hidung merah.masuk toilet.along sendiri tertawa.aku bukan sedih berpisah.cume.aku tiada alasan untuk itu.hehe

mama pesan.insyaAllah,benarlah ini jalannya.kamu sudah separuh jalan.jangan di undur ke belakang.ditoleh2 tak mengapa.tapi jangan di undur.sebab kami semua yakin benarlah ini jalannya.pesan mama menghilangkan gundah di jiwa.









Sunday, March 21, 2010

jangan gaduh lagi yer nak..

pagi tadi berjalan ke kelas lihat kanak2 arab bertumbuk.satu fenomena biasa ku kira di sini.kelakar rasa hati melihat gelagat kerna sudah lali dengan perangai sebegitu.teringat zaman sekolah dulu,zaman panas baran masih lagi di tahap mecahkan merkuri dalam thermometer.mama sendiri pon mengakui keberangan saya.takut di bawa hingga meningkat dewasa.kerna bagi ku payah untuk menerima ketidak sempurnaan.lupa bahawa manusia itu lemah,hanya Allah yang sempurna.mama berpesan kalau perangai baran sebegini sampai ke tua pon tidak berpunya.


lebih membimbangkan,kadang kala perangai buruk itu aku bawa hingga ke rumah.inilah akibat membiasakan perangai yang buruk.marah itu syaitan.tapi aku memang suke marah2.bila lah mahu berubah.sedih juga mengenang lemahnya diri.hitamnya hati.

pernah ada satu ketika,seingat aku ketika pulang baru2 ini.aku bertekak di meja makan dengan kakak.selalu kami bertengkar.setakat berkejar menggunakan batang vacuum.sampai keluar rumah.tanyalah jiran kami,geli hati juga mendengar.sebab bergaduh.giliran membasuh pinggan.dan seperti biasa aku yang jarang mengalah.mahu menang sepanjang masa.

berbalik cerita di meja makan.mama baru pulang dari kerja.penat di pejabat belom hilang lagi.baba sedang menonton tv.hanya kami bertiga di atas meja makan.sedang berbicara panjang tiba2 adik perempuan ku ingin mencari maksud perkataan dalam bahasa melayu.tapi tiada kamus dewan.sebab aku yang hilangkan.di'pinjam' rakan2 di sekolah dulu.

along lantas menuding jari atas silap ku tidak menjaga harta itu dengan baik.lebih menyakitkan hati.dia mengungkit itu pemberian kawan mama kepadanya sempena kejayaannya dalam upsr.aku masih ingat lagi yang tertulis di helaian pertama buku berkulit hijau itu.."untuk nabila dan adik-adik"..ditulis dengan pena biru.aku akui memang salahku.tapi aku sudah janji untuk menggantinya..sehingga aku berkata ambiklah duit dalam bank aku,nak beli sepuluh pon boleh..

aku jadi sakit hati dengan pertanyaan along yang bertubi2.diasak2 lagi dengan soalan bila mahu membeli yang baru.keadaan jadi tegang.aku meninggikan suara.kami bergaduh di hadapan rezeki.lalu mama meninggi suara,benci dengan gelagat anak2 yang tidak memahami diri masih penat mencari rezeki.gugur air matanya di situ.aku pantas beredar.membawa diri terus ke bilik.geram dengan along.

usai maghrib,selesai berjemaah,aku membawa hati ke quran.itulah teman baek dikala marah.tiba2 teringat belom lagi meminta maaf pada mama.aku pantas bangkit dari katil.mama masih lagi di sejadah dengan telekung nya.merah hidungnya.basah pipinya.aku peluk mama."mama,,minta maaf,pasal petang tadi"..pendek aku ucap dalam nada teresak2.."mama maafkan,jangan gaduh lagi yer nak".."kalau nak gaduh juga,jangan depan mama yang balik kerja,dan jangan depan rezeki"..aku mengangguk faham sambil menyeka air mata.."mama tak didik anak2 untuk gaduh"..pesannya lagi..

aku faham.jelas.amarah ku perlu dikawal.supaya tak menyakitkan orang di sekeliling.


Saturday, March 20, 2010

bile nak balik sini??

menjadi kelaziman nak call mesia tu satu benda yg jarang dilakukan..tapi sekali call bisa gamat la rumahnya..biase la..dengan line rumah yang salu je ade orang download..maka bak kate saiful si budak farmasi "berlongkang la line inetrenet aku ni"..


ni antara bait2 conversation dengan mama tercinta :
nad : mama watpe?
mama : tengah makan nasik bukhara..*faveret aku yang salu dibeli oleh mama*..kat sane salu makan ke?
nad :nasi arab ni mane la sedap..*walhal umah beras arab*
mama :dah tu nasik arab cmne?
nad :camtu lah..*perangai yang dibawa2 hingga borak ngan mama*
mama :exam bila?
nad :bila dapat paper exam..*perangai yang memang la teruk aku ni*..start 8 may finish on the end of june
mama :ok.along will start exam next week.gv her a call.
nad :ok.dah call tadi..*usually call along dulu baru mama sebab mama salu ngadu kat along if im asking mama to bank in money*
mama :then bile nak balik cini?*soklan yg dtggu2*
nad :bila selesai sume urusan

suddenly baba said..
baba :belajar dululah..sibuk2 nak balek..dengan tone mengharimau..hihi
mama :haha..ye2 lupe2 belajar dulu..dengar baba pesan tu..*walhal mama sedang merintih nak anak dia pulang..
nad :ye faham..*tergelak dengan a couple yang tak pernah saling memahami even da dua dekad bersama*
mama :yang kawen tu u mane??*tiba2 tanye pasal kawen*
nad :kat u ahmad tu..mansouura..zgzg xde lagi..*pelik mama tnye pasal kawen tibe2*..nape tanye??
mama :saje2..oklah mama nak mkn..rajin mmbce..macam baba kamu..hehe
nad :banyak dah bce *blog aje yg dbace*

so,it ends like that..the high note is..certainly mama saye rindu saye kan?haha..cm along kate.."saye ni anak yg pling poyo..haha..jom struggle tok exam..and bukan tok exam..for our own good and patient nanti..peace..dan yang paling penting..dapat balik mesia awl ckit.ckit jela.huhu.

Monday, March 8, 2010

sebelom asar datang~

untuk berubah bukan senang,tapi tidak mahu berubah lagi senang..

tapi kalau terlampau kerap berubah2..siapa pon jadi tidak senang..
jadi kalau hendak berubah jadi lebih baek,,
ingatlah konsisten itu payah..
istiqamah itu lelah..

satu saat,kau berada di kiri..taknak duduk di tengah..nak duduk di tepi..
kau masalah..dan jugak musykilah..sebab duduk di kiri..
satu tika kau ingat kau sendiri..
menempuh hari2..
waktu iman goyah menyendiri..

jangan terasa lonely..sebab dalam hati..
Allah menemani..
sentiasa ada di sisi..

teruskan perubahan,walau tiada arahan..
kerna tindakan yang memulakan..


Thursday, March 4, 2010

nostalgia di zaman kanak2


mesti kelakar kalau teringat zaman kecik2 dulu..waktu time maen digimon di tangan dan game boy kat jari..haha..sangat kelakar dan merindui semua itu..tak penah lekang senyuman dan hilai tawa kalau teringat kisah2 ni..zaman di mana kalau kawan ade digi vice di tangan..kita pon nak ade juge..tak nak mengalah..zaman power rangers putih jadi faveret..zaman sume nak jadi gaban..haha..


tyme kecik2 dulu series yg jadi faveret of coz la power rangers..jam 7.30 malam time hari mggu..kadang2 sampai boleh mencebik muka xmahu pergi masjid..haha..siap boleh bwt demam lagi..mandi lambat2..nanti dengar baba da start enjin motor masih dalam toilet lagi..haha..bila mama rapatkan gate umah,cepat2 hati bersorak gembira..yes!! xpayah pergi masjid.dapat tengok power rangers..haha..zaman kanak2 memang menakjubkan..

time hari mggu pulak layan digimon..ni pengaruh adik nidal yang xdapat disangkal lg.haha.kelakar gila..karekter faveret dat time..wargreymon..dia punye evolve perghhhh..smart gila..haha metal wargreymon..ingat lagi tu beb..hahaha..bila teringat semua ni rasa nak gelakkan diri sendiri pon ade..hahah..sangat lah childish~

anyway rindu zaman kanak2 di mana masih hisap botol susu..haha..

Saturday, February 6, 2010

maafkan kakak,adikku

maafkan kakak,adikku..
kata2 semalam buat kakak terkedu.belum sanggup untuk kehilangan adik tersayang.rasa macam baru semalam kita bermain di bawah longan rumah nenek.bersama2 membakar kuih baulu.bagai baru semalam kita bergaduh teruk kemudian di meja makan senyum kembali.benar kata orang tua.carik-carik bulu ayam bercantum juga.hari ini adik datang menyatakan niat murni adik untuk berpisah dengan kakak.bukan sahaja dengan kakak.malah dengan baba dan mama.kakak tak pernah menghalang tapi tanggungjawab ini berat.kakak sentiasa doakan yang terbaek untuk kamu.dunia dan akhirat.ingat lagi sebelom kamu pergi dulu.kakak tiada untuk menghantar.berlinang air mata waktu kata2 bersuara di speaker telefon.along mintak maaf.along tak berniat nak membuatkan untuk kamu terasa.tapi adik masih muda untuk semua ini.kakak pon tak bagus mane tapi along yang nak terbaik untuk adik-adik akak.adik dah besar untuk membuat pertimbangan.fikirlah sebaeknya.mohonlah doa pada ALLAH.

sekali lagi along mintak maaf

~a tribute to a loving sister~

Tuesday, January 26, 2010

ragu

insomnia teman baek ku sekarang.

bicara ragu menambah cagu.

jangan banyak bicara sedang hati keliru
ah,buntu..
jangan salu rapat dengan ku..
biar teman baek ku buku..
walau di minda kurang ilmu..

serabutkan fikiran ku..
pergi..
jangan bersarang lagi..

aaa!!
pergi..terima kasih..
datang lagi..nampak lagi..
singgah lagi..
kemudian pergi..

jangan singgah terlalu lama..
kerna sesaat itu selamanya..
tak memerlukan selamanya..

cuma sedetik sahaja..
digugah jiwa..
tinggal merana~


Friday, January 22, 2010

saya


selfish sebab tak penah doa moksu saya dapat baby

yang saya tau mntak moksu doakan saya

tamak sebab asik minta dengan parent
yang saya tau abeskan saja

sombong sebab nak exam baru nak dekat dengan tuhan
yang saya tahu bila senang nak enjoy

malas sebab nak exam baru terkial2 carik buku
yang saya tau bile ade tyme free maen game

bodoh sebab tak gune akal sebaek mungkin
asek memikirkan bende yang tak nampak future

useless sebab buang masa dan tenaga
yang saya tau asek tidor saje

bila saya nak berubah?
bila dah kena musibah

bila saya nak sedar?
bila saya dah jatuh

selamatkan saya Ya Allah..
Ya Hadi Ihdini

Sunday, January 3, 2010

saya tak pernah minta apa2 dari kamu


maaf kalau bicara merobek jiwa..saya tak meminta apa2 dari kamu.saya hanya mahukan hidup saya..hidup aman disisiNYA..saya tak sekuat musa di bumi ini..saya hanya perlukan masa untok sendiri..masa untuk saya dan diri..diam tidak bermaksud sedih..cuma nak kurangkan berbicara..banyak kata nanti,banyak yang sakit jiwa..


saya senang begini..pagi menghulur senyum..petang bergelak tawa..saya suke mase saye sendiri..terasa dekat dengan Ilahi..tolong lah berlalu pergi..jangan merayu lagi..saya lemah tanpa iman di sisi..kerna penyakit hati ini sukar diubati..

saya tidak pernah minta apa2 dari kamu..mungkin dulu perasaan maenkan jiwa..sekarang biar akal menjadi raja..jadikan lah doa sebagai senjata..sekuat2 senjata dalam jiwa..semudah2 senjata untuk meminta daripadaNYA

Friday, January 1, 2010

2010

tahun baru mesti azam baru.itulah lazimnya.tapi kalau ade azam yang belom tercapai lagi nak wat camne?haa.tu lah asi terpikir dari semalam.tak perlu azam baru kot.sebab.azam yang tahun lepas tu pon tak tercapai lagi.nak mumtaz nyer pon belom.heh.usaha besar lubang cacing.impian langit meluas.so tak payah la topup azam baru lagi.haha.

kesimpulannya dengan pertukaran tahun baru menandakan da naek matang ckit la mungkin.bagi budak2 laki yang kurang mematangkan diri.boleh teruskan je.heh.no need to change yourself.sebab people tend to change with environment.usually we have to adapt with the surroundings.not otherwise.and the most important thing mati itu makin dekat and sebab kite yang selesa dengan dunia ni kite jadi hubbud dunya.semua orang nak syurga tapi takot mati.tapi semua orang tak tahu kalau nak syurga mesti mati dulu.haa.kan2?


so what to expect for 2010?


1.world cup 2010 afrika..yaa..golongan adam terutamanya pasti akan duduk depan tv sanggup berqiam tak gosok gigi,semata2 nak bersorak..haha..nway mujur duk mesir tak payah bangun pagi2.sian orang mesia.sob3..

2.bulan jun tu jugaklah die nak wat exam.tyme orang nak tengok bola tu jugak la die nak.hahah.final exam second year.

3.kontroversi.we all like this rite?

4.technology..evry week satu fon baru.ade software.come on la boleh stop x?haha

5.football?at the end of hectic football season.baru kite tahu sape yang jadi champion.so simpan ayat2 panas tu dulu.heh.let the action speaks louder than word

6.heh.returning home to malaysia.after abes exam yang SENANg..of course the only place left in mind is back home in malaysia.already miss the palm oil sight at klia.hua3