CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, July 29, 2009

assabiah,kesatuan atau kekitaan??

huhu..agak menakutkan tajuk yang ingin ditulis kali ini..menakutkan hingga tidak tahu dari mana harus bermula dan dari mana datang isinya..hanya mengharap hati dan hidayahNYA memandu diri ini..tajuk ni sebenarnya sudah lama bermain dalam fikiran..cuma hanya perlukan masa sedikit untuk mengolahnya dan memerlukan sedikit keberanian untuk mencoretkan isi kandungannya..maklumlah tajuk ini sering merujuk kepada sesetengah golongan manusia yang kadang kala alpa dan seronok dengan ketaksubannya..


assabiah atau semangat kekitaan ini sebenarnya sudah lama berada dalam diri manusia cuma memerlukan kunci untuk dijana sahaja..pendek kata ada setengah golongan yang berasa selamat dengan assabiah kerna yakin kumpulan atau golongan ini yang akan melindungi mereka setiap nafas yang mereka sedut dari muka bumi ini..kembali pada hakikat hanya DIA yang melindung kita..dan ada juga yang berasa bangga dengan semangat assabiah mereka..kononnya sebagai penanda atau hiliter yang digunakan bagi menonjolkan diri..hakikatnya pakai kopiah pon berat bagi menunjukkan identiti seorang muslim masih mahu berbangga dengan semangat assabiah mereka..IF U INTEND THE LABEL WEAR IT.


umumnya masalah ini sering menyerang masyarakat pelajar yang diharap2 atau disebut2 menjadi pelapis generasi masa depan..bagaimana agaknya wajah negara jika pemimpin2 muda ini hanya lebih gemar menarik masyarakat untuk meggunakan perkataan kita daripada menggunakan perasaan bersatu..tentu buruk padahnya..bergaullah dengan semua janganlah taksub dengan dari mana datangnya anda,latar belakang anda mahupon gaya percakapan anda..mungkin orang berkata kita bermain politik dengan berbaik2 dengan semua pihak..namun tanamkan dalam hati kita,kita berbaik2 untuk menjalinkan ukhwah walau hanya berjabat tangan seketika,berbicara sepatah dua dengan harapan moga2 pertemuan yang sementara menjalin ikatan selamanya demi YANG MAHA ESA..kerna DIA menjadikan kita berkabilah mudah2 mudahan kita berkenal-kenalan antara satu sama lain



sekadar nukilan~

2 comments:

Aisyah Khadijah said...

salam~

banyak falsafah yang menariks~!

"kerna DIA menjadikan kita berkabilah mudah2 mudahan kita berkenal-kenalan antara satu sama lain"

walaupun sebenarnya diolah drpd ayat Quran =D

keep it up!

syukran jazeelan

Nasrullah said...

Assobiah, apa makna assobiah sebenarnya? Mengikut apa yang ana belajar, assobiah ditakrifkan sebagai (lebih kurang mcm nilah) ketaksuban yang melampau terhadap sesuatu golongan sehinggakan sekirang golongan tersebut melakukan kemungkaran, maka orang yang dicop assobiah itu masih lagi bersama dengan mereka... Cthnya pada zaman nabi dahulu, byk kabilah yang bersikap assobiah sehingga menimbulkan perpecahan...
-Jika ada salah silap harap maaf dan tolong betulkan-