CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, May 29, 2009

ape makna 10a1 dalam spm?

terkejut dengan pengumuman yang aku baca pagi tadi kat berita harian..relevan kah hanya dihadkan 10 subjek dalam spm bagi tahun hadapan??adakah semua ini bersifat politik??
wajarkah dihadkan??

adakah kerajaan takot akan kemunculan beberapa ikon yang banyaknya datang dari sekolah agama rakyat,smka yang makin menyinar permatanya.maka dihadkan intelek2 muda ini bagi menyerlah..menempa nama..mengukir kegemilangan seketika di dunia ini..mungkin nama AMALINA CHE BAKRI sudah luput dari ingatan dengan 17A1..nama seperti AZALI AZLAN dengan 21A,nama NIK NUR MADIHAH masih lagi segar dalam ingatan,terus menjadi sebutan,terus menjadi jemputan memberi ceramah di seluruh bumi kelantan..trend pelajar cemerlang yang lahir dari sekolah agame inikah yang menggusarkan kerajaan?? bagaimana dengan pelajar2 agame yang mengambil aliran sains?bukankah wajib bagi mereka mengambil 12 subjek?takkan la mahu dihapuskan quran sunnah dan syariah islamiah itu?tak cukup dengan itu mahu dihapus juga bahasa arab,bhase syurga yang indah,kalam bertutur rasul tercinta ..


TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN dalam kenyataanya pantas mengutarakan pelbagai alasan..antaranya membantu ibu bapa dalam dalam soal kelas tambahan..perlu diingatkan bahawa adalah menjadi hak seseorang untuk memilih berapa subjek yang mahu dijwabnya dalam spm itu nti..jika ibu bapa mahu anaknya cemerlang maka mereka sanggup berkorban wang dan harta demi nilai kecemerlangan..lihat saja nik nur madihah xperlu ke tuisyen untuk 20A..cukup dengan pengorbanan..

lagi beliau menambah ini bagi membantu guru2 menumpukan bagi subjek teras..jujur saya katakan guru2 di sekolah berasrama penuh terutamanya sudah cukup tertekan kerna persaingan yang diwujudkan kononnya bagi berlumba merebut kecemerlangan namun setiap kali keputusan spm diumum hanya pelajar dari luar yang memenuhi dada2 akhbar.KERANA KAMI TIDAK DIGALAKKAN MENGAMBIL LEBIH DARIPADA 10 SUBJEK..lumrah manusia di kalangan beribu ada yang mahu menononjol..sedangkan dalam jutaan beribu permata pon da satu yang paling bersinar..

adakah ilmu agama itu bukan teras?perlu diingat sains tanpa agama buta..jadi mahukah kita melahirkan doktor yang hanya tahu mengubat pesakit menggunakan ubat sedangkan tubuh yang sakit itu banyak datang dari jiwa yg sakit,rohani yang sakit..jika doktor itu sendiri yang sakit rohaninye,sudah tiada makna menasihati pesakitnya..ibarat ibu ketam membetulkan anaknya berjalan..

bagi menguatkan kenyataan beliau,DATUK ALIMUDDIN MOHD DOM yang juga bekas pengetua mckk yang sewajarnya lebih memahami situasi ini..turut menambah ini dilakukan bagi memudahkan atau menjadi standard piawai dalam pemilihan biasiswa jpa..sistem penggredan baru katanya..jadi mungkin ramai mahasiswa yang ketika masih memegang sistem penggredan lama sebelum sistem yang baru ini diperkenalkan mempersoalkan kualiti gred mereka..adakah dikala waktu mereka kualiti nye rendah..mengapa sudah sekian lama sudah beribu ditaja jpa baru ade sistem baru..ketika inilah kredibiliti kerajaan dipersoal..diperkotak-katikkan..

saya melihat tiada sebab bagi mengehadkan subjek yang perlu diambil dalam spm..kerna kajian menunjukkan hanya 10% sahaja yang mengambil lebih daripada 10 subjek daripada puluhan ribu calon yang menduduki spm..mengapa dirisaukan yang minoriti ini? 90% lagi bagaimana?alasan untuk gagal atau cemerlang bukan terletak pada bilangan subjek..hanya kemahuan yang mengatasi segalanya..inilah payahnya masyarakat yang suka melihat kuman seberang laut,sedangkan gajah di depan mata pon xnampak..

kita manusia memang xpernah puas dengan kejayaan..sebab bile kite ade ape yang kite mahukan we think we've got the best but suddenly we realise the best is not good enough kalam berharga dari allahyarham syeikh ahmad deedat~

8 comments:

totti 10 said...

kalau limit dan naikkan graf kaw2
exp :- add math 80 baru A
tak main turun2 graf

even ramai students yg dapat 10-11-13A pon ramai yg dpt atas dasar graf turun je, pegi higher lvl of study ---> craps

nadhar said...

betul2...
tapi ko gempak addmath..huhu
hehe..aku memang dah sah2 c..

ko kan cikgu addmath aku~

totti 10 said...

sebenarnye bukan nak kaitkan dgn politik je mnde nih. ade kaitan gak dgn keadaan negara kite yg stakat negara membangun dan kekurangan pelajar2 yang betol2 berkualiti.

negara kite memerlukan tenaga professional sebanyak mungkin dlm masa yg cepat utk membangun. kualiti dah mcm mende kedua. so guna lah sistem grading, ade graf. tak perlu tayang markah sebenar.

berbeza dgn negara maju, derang pakai sistem scoring, buleh nampak the real marks, buleh la differentiate between the shining glass n the real gem

so kalau betol2 mau pakai sistem scoring, kne lah tgk balik jugak. lets say the so called no.1 school in malaysia, SAS. kalau malaysia btol2 pakai sistem scoring berapa ramaikah student2 mereka yg masih mampu dapat stret A1(80 ke atas). cuba try pk skolah lain pulak, soksek contohnye. kahkah

dlm masa terdekat ni kerajaan tak mungkin akan revamp dasar pendidikan ini sbb kalau result yg kluar teruk, kerajaan yang akan kena bambu thus resulting in losing votes, stended politik la

dgn sistem grading nih jugak, even amik la byk mana sabjek pon, yg tambah hanya bilangan A nye saje sedangkan keupayaan sebenar tu masih jugak dlm tanda tanya. so aku tak nmpak ape2 disadvantage pon kalau dilimitkan bilangan sabjek

kalau nak didebatkan pasal takde peluang belajar, yang dilimitkan cuma yg kat kertas SPM, bukan kelas yang buleh diambil. kalau betol2 ikhlas nak belajar sbb nak menuntut ilmu, bukan kerana A, buleh je lagi nak amik klas yang nak diamik tuh

just my 2cents

*seriously, why do u need to be good at everything, instead of being awesome at something

airul in da houSE said...

ada baik dan ada buruknya pelaksaan dasar ini.apa nasib kepada pelajar aliran sains agama yang berada di sekolah mahaad,SMKA,intergrasi???subjek wajib mereka paling minimum adalah 11/12...kementerian harus kaji bilangan itu.pelaksanaan dasar ini adalah baik sebenarnya tetapi jumlah bilangan yang dihad itu tidak universal dengan pelajar2 di semua aliran

airul in da houSE said...

fatimah mokhtar 17A1,nik nur madihah 20A adalah berasal dari sekolah kerajaan negeri kelantan.baru sekarang kementerian mahu melaksanaan dasar had minimum ini...
antara subjek wajib bagi pelajar2 aliran sains agama ialah
1-BM
2-BI
3-matematik tambahan
4-matematik moden
5-sejarah
6-pendidikan quran dan assunah
7-pendidikan syariah islamiah
8-bahasa arab tinggi
9-biology
10-kimia
11-fizik
12-EST(tidak ditekankan)

cuma kalian fikir?pelaksaan dasar ini seolah-seolah menyekat program pembelajaran bagi pelajar2 di sekolah maahad,SMKA dan intergrasi

totti 10 said...

fatimah ialah seorang pelajar stret 20A dari sebuah sekolah agam di hulu banat. dia adalah seorang pelajar tingkatan 5 di sekolah itu daripada 100orang pelajar yang lain. result2 pelajar yang lain mcm mana pulak?

itu yang orang tak nmpak sebenarnye. org cuma nmpak yg stret A je. yg tak stret A tu, yg bderet C tu tak masuk paper kite tlupa. wajib amik 13-14 matapelajaran tu berat tuh. like i said no good at being good in everything while u can be awesome in something

pelajar2 SBPI, SMKA dan byk skolah agama lain amik smpai 14 sabjek, cemerlang ke result2 mereka semua?

as in fatimah's case tu plak, shes an exception. spatutnye mmg ade program2 khas utk orang2 mcm dia nih, the prodigy, the gem. tak buleh nak samakan dia mcm budak2 lain

aqli said...
This comment has been removed by the author.
nadhar said...

we shud excel at what we specialise for but yet now gov pon hanya benarkan budak2 mumtaz je g azhar..makin ketat syaratnye..
mungkin boleh ketatkan juge bg pelajar dalam bidang lain..nampak berlaku pro dan kontra kat situ..
benar dalam kes ni krajaan cume mnambah bilangan profesional tpi dalam mse yg sme kualiti diabaikan..