wajarkah dihadkan??
adakah kerajaan takot akan kemunculan beberapa ikon yang banyaknya datang dari sekolah agama rakyat,smka yang makin menyinar permatanya.maka dihadkan intelek2 muda ini bagi menyerlah..menempa nama..mengukir kegemilangan seketika di dunia ini..mungkin nama AMALINA CHE BAKRI sudah luput dari ingatan dengan 17A1..nama seperti AZALI AZLAN dengan 21A,nama NIK NUR MADIHAH masih lagi segar dalam ingatan,terus menjadi sebutan,terus menjadi jemputan memberi ceramah di seluruh bumi kelantan..trend pelajar cemerlang yang lahir dari sekolah agame inikah yang menggusarkan kerajaan?? bagaimana dengan pelajar2 agame yang mengambil aliran sains?bukankah wajib bagi mereka mengambil 12 subjek?takkan la mahu dihapuskan quran sunnah dan syariah islamiah itu?tak cukup dengan itu mahu dihapus juga bahasa arab,bhase syurga yang indah,kalam bertutur rasul tercinta ..
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN dalam kenyataanya pantas mengutarakan pelbagai alasan..antaranya membantu ibu bapa dalam dalam soal kelas tambahan..perlu diingatkan bahawa adalah menjadi hak seseorang untuk memilih berapa subjek yang mahu dijwabnya dalam spm itu nti..jika ibu bapa mahu anaknya cemerlang maka mereka sanggup berkorban wang dan harta demi nilai kecemerlangan..lihat saja nik nur madihah xperlu ke tuisyen untuk 20A..cukup dengan pengorbanan..
lagi beliau menambah ini bagi membantu guru2 menumpukan bagi subjek teras..jujur saya katakan guru2 di sekolah berasrama penuh terutamanya sudah cukup tertekan kerna persaingan yang diwujudkan kononnya bagi berlumba merebut kecemerlangan namun setiap kali keputusan spm diumum hanya pelajar dari luar yang memenuhi dada2 akhbar.KERANA KAMI TIDAK DIGALAKKAN MENGAMBIL LEBIH DARIPADA 10 SUBJEK..lumrah manusia di kalangan beribu ada yang mahu menononjol..sedangkan dalam jutaan beribu permata pon da satu yang paling bersinar..
adakah ilmu agama itu bukan teras?perlu diingat sains tanpa agama buta..jadi mahukah kita melahirkan doktor yang hanya tahu mengubat pesakit menggunakan ubat sedangkan tubuh yang sakit itu banyak datang dari jiwa yg sakit,rohani yang sakit..jika doktor itu sendiri yang sakit rohaninye,sudah tiada makna menasihati pesakitnya..ibarat ibu ketam membetulkan anaknya berjalan..
bagi menguatkan kenyataan beliau,DATUK ALIMUDDIN MOHD DOM yang juga bekas pengetua mckk yang sewajarnya lebih memahami situasi ini..turut menambah ini dilakukan bagi memudahkan atau menjadi standard piawai dalam pemilihan biasiswa jpa..sistem penggredan baru katanya..jadi mungkin ramai mahasiswa yang ketika masih memegang sistem penggredan lama sebelum sistem yang baru ini diperkenalkan mempersoalkan kualiti gred mereka..adakah dikala waktu mereka kualiti nye rendah..mengapa sudah sekian lama sudah beribu ditaja jpa baru ade sistem baru..ketika inilah kredibiliti kerajaan dipersoal..diperkotak-katikkan..
saya melihat tiada sebab bagi mengehadkan subjek yang perlu diambil dalam spm..kerna kajian menunjukkan hanya 10% sahaja yang mengambil lebih daripada 10 subjek daripada puluhan ribu calon yang menduduki spm..mengapa dirisaukan yang minoriti ini? 90% lagi bagaimana?alasan untuk gagal atau cemerlang bukan terletak pada bilangan subjek..hanya kemahuan yang mengatasi segalanya..inilah payahnya masyarakat yang suka melihat kuman seberang laut,sedangkan gajah di depan mata pon xnampak..
kita manusia memang xpernah puas dengan kejayaan..sebab bile kite ade ape yang kite mahukan we think we've got the best but suddenly we realise the best is not good enough kalam berharga dari allahyarham syeikh ahmad deedat~